BUKU INI AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA SEKELUARGA
Buku ini akan mendedahkan secara terperinci cara yang mudah dan praktikal untuk mengelakkan anda dan keluarga anda daripada terjebak ke dalam masalah kewangan yang serius dan bagaimana untuk selesaikan masalah kewangan yang telah lama membelenggu dan menekan hidup anda & keluarga selama ini.
Kenapa biarkan kebahagiaan keluarga anda terjejas oleh masalah kewangan yang sepatutnya boleh dielakkan?
Sedarkah anda? Tiadanya perancangan kewangan dari awal akan menyebabkan perbelanjaan anda tidak dapat dikawal sehingga boleh menyebabkan anda terjerumus ke dalam masalah kewangan yang serius. Ramai orang di luar sana juga terperangkap dalam situasi ini disebabkan mereka tidak tahu mengurus kewangan dengan betul, berbelanja dengan boros, tidak menyimpan untuk dana kecemasan dan juga tiada matlamat yang jelas dalam merancang kewangan mereka. Percayalah, anda mampu mengubah senario kewangan keluarga anda kepada yang lebih baik dengan pengurusan kewangan yang betul dan bijak jika anda bermula merancang dari sekarang.
Kenapa Anda WAJIB Miliki Buku Ini?
Nama saya Dr. Saaid Sailan. Saya adalah pakar perunding kewangan keluarga. Masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan keluarga adalah senario kewangan yang sangat menekan kehidupan mereka. Saya mempunyai sistem pengurusan kewangan yang boleh mengatasi masalah ini. Saya telah membantu ramai individu dan keluarga yang terperangkap dalam krisis kewangan membina semula dan meningkatkan kedudukan kewangan mereka dalam masa yang singkat.
Dalam buku setebal 248 muka surat ini, saya adakan dedahkan kepada anda bagaimana…
Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pengurusan kewangan yang baik
Mengenali profil dan tabiat kewangan anda dan pasangan anda
Mengetahui kesihatan/kedudukan kewangan anda sebenar
Lebih terbuka untuk menerima realiti kewangan anda
Mengetahui cara yang betul untuk mengurus kewangan anda
Membetulkan perspektif yang salah terhadap wang
Tip-tip pengurusan kewangan keluarga yang berkesan
14 Chapter Yang Bakal Merubah Hidup Anda
Bab 1 – Celik Wang
Bab 2 – Cabaran Dan Isu Kewangan Keluarga
Bab 3 – Perancangan Kewangan Keluarga
Bab 4 – Pemeriksaan Kesihatan Kewangan
Bab 5 – Matlamat Kewangan Keluarga
Bab 6 – Penyediaan Bajet Keluarga
Bab 7 – Pelan Tabungan Keluarga
Bab 8 – Pengurusan Hutang Keluarga
Bab 9 – Menjana Pendapatan Keluarga
Bab 10 – Pelan Pelaburan Keluarga
Bab 11 – Pengurusan Risiko Kewangan Keluarga
Bab 12 – Sistem Kawalan Kewangan Keluarga
Bab 13 – Sistem Rekod Kewangan Keluarga
Bab 14 – Pelan Tindakan
FAQ – Soalan Lazim
Perlukah saya mempunyai pendidikan dalam bidang kewangan untuk mengelakkan diri dari menghadapi masalah kewangan?
Tidak kurang ramainya orang yang mempunyai ijazah dalam bidang kewangan pun menghadapi masalah kewangan. Tidak kurang ramainya mereka yang tidak mempuyai pendidikan formal dalam bidang kewangan tetapi mempunyai kedudukan kewangan yang jauh lebih baik.
Bagaimana nak menabung atau menyimpan kalau gaji pun tidak cukup?
Masalah kewangan bukan sahaja dihadapi oleh orang miskin. Diluar sana tidak kurang ramainya orang kaya yang menghadapi masalah kewangan dan malah jauh lebih besar.
Macam-macam sudah saya lakukan untuk memantapkan kedudukan kewangan keluarga saya tapi keadaan tidak banyak berubah, dan ada masanya lebih teruk dari sebelumnya?
Ramai orang berubat untuk menyembuhkan penyakit tetapi masih tidak sembuh. Yang penting kita terus berusaha. Mungkin usaha yang kita lakukan belum mencukupi atau pun usaha yang dilakukan tidak sesuai dengan masalah yang kita hadapi.
Saya berharap masalah kewangan yang saya dan keluarga saya hadapi dapat saya atasi. Tetapi dimana perlu saya mulakan?
Tidak ada formula khas untuk mengatasi masalah kewangan anda. Anda hanya perlu tahu apakah tindakan yang betul yang perlu anda lakukan dan memulakanya tanpa berlengah-lengah atau bertangguh.
Pelbagai tip kewangan pernah saya dengar tetapi kenapa ia tidak banyak membantu untuk mengubah kedudukan kewangan saya?
Tahu sahaja tidak akan mengubah apa-apa melainkan disusuli dengan tindakan walaupun kecil.
Bilakah masa yang sesuai untuk saya memulakan perancangan kewangan sebab saya rasa belum bersedia lagi?
Tiada siapa boleh tentukan masa yang terbaik untuk anda bertindak. Anda tidak perlu menunggu sehingga anda sempurna baru nak memulakannnya kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tiada apa-apa yang akan berlaku selagi tindakan tidak dimulakan. Yang penting kita mulakan sekarang dan belajar sambil bertindak.