MENGHINDAR KRISIS KEWANGAN KELUARGA
Berapa ramai pasangan di luar sana yang sering bertengkar mengenai wang. Keluarga bertambah besar dengan bertambahnya anak dan tentunya keperluan bertambah, kos sara hidup terus meningkat – segala-galanya memerlukan wang.
Dengan senario kehidupan yang makin mencabar, tidak hairanlah ramai yang mengalami masalah stres, gangguan emosi, dan terdedah kepada berbagai masalah lain termasuk kesihatan. Berapa ramai yang terjebak dalam masalah hutang kerana terpaksa berhutang untuk memenuhi keperluan asas keluarga, dan ramai juga yang berhutang untuk membayar hutang yang lain.
Tidak lupa juga berapa ramai anak-anak yang ke sekolah tanpa minum pagi atau tanpa dibekalkan dengan duit saku. Berapa ramai pula yang hidup dengan mengharapkan ikhsan orang lain setelah kehilangan punca pendapatan disebabkan berlakunya perkara-perkara diluar dugaan seperti kematian, kehilangan pekerjaan dan sebagainya.
Dengan adanya sistem pengurusan kewangan yang baik anda akan lebih besedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin menimpa diri anda atau keluarga anda. Sekiranya anda mempunyai dana kecemasan, keadaan anda mungkin tidak terjejas dengan teruk. Sementara itu, jika anda mempunyai pendapatan pasif, anda boleh meneruskan kehidupan atau mengekalkan gaya hidup anda walaupun anda mungkin tidak lagi mempunyai pekerjaan.