Blog

/Blog/

Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 5

PENGURUSAN RISIKO Setiap orang tanpa terkecuali adalah terdedah kepada satu atau lebih risiko. Orang yang kaya boleh jatuh miskin, orang yang kuat boleh jadi lemah, orang yang melabur boleh rugi, orang yang sihat boleh sakit, orang yang memandu boleh kemalangan, dan orang yang hidup boleh mati. Risiko mungkin tidak boleh dihapuskan sepenuhnya tetapi boleh diuruskan untuk mengurangkan atau menghindarkan kesan atau impaknya. Semua orang tahu mati itu pasti, tetapi apakah persiapan yang kita lakukan untuk menghadapinya khususnya orang-orang tersayang yang ditinggalkan. Fakta menunjukkan banyaknya kes–kes keluarga yang dulunya hidup mewah tiba-tiba berubah menjadi miskin akibat orang tempat mereka bergantung [...]

By |2017-10-20T10:32:29+08:00October 20th, 2017|Hutang, Keluarga, Kewangan, Pengurusan|Comments Off on Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 5

Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 4

MEREBUT PELUANG Zaman saya bekerja dulu saya mempunyai staf dari berbagai kaum termasuk Melayu dan Cina. Saya ada seorang staf Melayu (Si M) dan seorang staf Cina (Si C) yang masuk bekerja pada masa yang sama. Mereka mempunyai persamaan dari segi kelayakan, gaji, pangkat, dan senioriti. Bezanya Si C ini rajin beli saham dan belajar part-time. Selang beberapa tahun tiba masanya untuk kedua-dua staf ini ditimbangkan bagi kenaikan pangkat. Kedua-duanya mempunyai senioriti dan pengalaman yang sama, tetapi Si C ini mempunyai kelebihan kerana mempunyai kelayakan tambahan hasil dari usaha tambahannya. Akhirnya Si C terpilih untuk kenaikan pangkat kerana mendapat [...]

By |2017-10-17T11:49:20+08:00October 17th, 2017|Hutang, Kewangan, Pengurusan|Comments Off on Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 4

Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 3

MENGELAK TINDAKAN UNDANG-UNDANG Dulu-dulu saya ingat kalau tak ada kerja, kita tak boleh dapatkan pinjaman. Tetapi hari ini, berapa ramai graduan mempunyai hutang yang banyak sehingga RM50,000, malah ada yang mencecah RM100,000 sebaik saja tamat pengajian. Kita harus ingat, hutang bukan percuma. Ianya perlu dibayar balik dan yang lebih malang, anda kena membayar lebih daripada jumlah yang anda pinjam disebabkan faedah (interest) yang dikenakan. Punca utama orang berhutang adalah kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan memenuhi pelbagai impian seperti memiliki rumah, kereta dan perkakas rumah. Tidak ada salahnya untuk anda mendapatkan apa sahaja yang [...]

By |2017-10-09T22:59:13+08:00October 10th, 2017|Hutang, Kad Kredit, Kewangan, Pengurusan|Comments Off on Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 3

Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 2

MENGHINDAR KRISIS KEWANGAN KELUARGA Berapa ramai pasangan di luar sana yang sering bertengkar mengenai wang. Keluarga bertambah besar dengan bertambahnya anak dan tentunya keperluan bertambah, kos sara hidup terus meningkat - segala-galanya memerlukan wang. Dengan senario kehidupan yang makin mencabar, tidak hairanlah ramai yang mengalami masalah stres, gangguan emosi, dan terdedah kepada berbagai masalah lain termasuk kesihatan. Berapa ramai yang terjebak dalam masalah hutang kerana terpaksa berhutang untuk memenuhi keperluan asas keluarga, dan ramai juga yang berhutang untuk membayar hutang yang lain. Tidak lupa juga berapa ramai anak-anak yang ke sekolah tanpa minum pagi atau tanpa dibekalkan dengan duit [...]

By |2017-10-01T12:29:13+08:00October 4th, 2017|Ibadah, Keluarga, Kewangan, Pengurusan|Comments Off on Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 2

Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 1

MELAKSANAKAN TUNTUTAN SYARAK Dalam Islam, Tuhan dah tentukan susunan keutamaan yang patut kita ikut dalam kehidupan kita. Ada yang rukun, ada yang wajib, sunat, harus, makruh dan haram, dan seterusnya yang halal atau haram. Ini adalah satu sistem yang lengkap yang tak perlu kita mencari-cari sebab semuanya dah ada dan jelas. Tetapi berapa ramai yang mengambil ini sebagai panduan hidup. Tuhan dah bagi manual untuk kita selamat dan berjaya dunia dan akhirat tapi ramai diantara kita yang tak ikut. Itulah sebabnya kita sentiasa bermasalah. Orang Islam tahu zakat itu wajib, tapi berapa ramai yang bayar zakat. Semua orang tahu [...]

By |2017-10-01T12:09:22+08:00October 1st, 2017|Ibadah, Keluarga, Kewangan, Pengurusan|Comments Off on Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 1