Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 2
MENGHINDAR KRISIS KEWANGAN KELUARGA Berapa ramai pasangan di luar sana yang sering bertengkar mengenai wang. Keluarga bertambah besar dengan bertambahnya anak dan tentunya keperluan bertambah, kos sara hidup terus meningkat - segala-galanya memerlukan wang. Dengan senario kehidupan yang makin mencabar, tidak hairanlah ramai yang mengalami masalah stres, gangguan emosi, dan terdedah kepada berbagai masalah lain termasuk kesihatan. Berapa ramai yang terjebak dalam masalah hutang kerana terpaksa berhutang untuk memenuhi keperluan asas keluarga, dan ramai juga yang berhutang untuk membayar hutang yang lain. Tidak lupa juga berapa ramai anak-anak yang ke sekolah tanpa minum pagi atau tanpa dibekalkan dengan duit [...]