Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 3
MENGELAK TINDAKAN UNDANG-UNDANG Dulu-dulu saya ingat kalau tak ada kerja, kita tak boleh dapatkan pinjaman. Tetapi hari ini, berapa ramai graduan mempunyai hutang yang banyak sehingga RM50,000, malah ada yang mencecah RM100,000 sebaik saja tamat pengajian. Kita harus ingat, hutang bukan percuma. Ianya perlu dibayar balik dan yang lebih malang, anda kena membayar lebih daripada jumlah yang anda pinjam disebabkan faedah (interest) yang dikenakan. Punca utama orang berhutang adalah kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan memenuhi pelbagai impian seperti memiliki rumah, kereta dan perkakas rumah. Tidak ada salahnya untuk anda mendapatkan apa sahaja yang [...]