Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 1

MELAKSANAKAN TUNTUTAN SYARAK

Dalam Islam, Tuhan dah tentukan susunan keutamaan yang patut kita ikut dalam kehidupan kita. Ada yang rukun, ada yang wajib, sunat, harus, makruh dan haram, dan seterusnya yang halal atau haram. Ini adalah satu sistem yang lengkap yang tak perlu kita mencari-cari sebab semuanya dah ada dan jelas.

Tetapi berapa ramai yang mengambil ini sebagai panduan hidup. Tuhan dah bagi manual untuk kita selamat dan berjaya dunia dan akhirat tapi ramai diantara kita yang tak ikut. Itulah sebabnya kita sentiasa bermasalah.

Orang Islam tahu zakat itu wajib, tapi berapa ramai yang bayar zakat. Semua orang tahu mengerjakan haji itu pun wajib, tapi berapa ramai yang masih belum membuat pendaftaran. Memang haji akan menjadi wajib apabila kita telah mempunyai kemampuan, tapi kita harus ingat, haji seperti juga zakat adalah sebahagian daripada rukun Islam.

Sebagai perbandingan, solat mempunyai 13 rukun dan kalau ada mana-mana rukun yang tidak dilaksanakan, maka solat itu tak sah. Bagaimana pula jika sebagai seorang Islam kita tidak melaksanakan sebahagian daripada rukun Islam. Bolehkah kita mengaku yang Islam kita sempurna?

Oleh itu segala tuntutan syarak, khususnya yang rukun dan wajib tidak sepatutnya diambil mudah. Ianya perlu dirancang dengan sebegitu rupa untuk memastikan ianya dapat dilaksanakan. Hanya dengan pengurusan kewangan yang baik segala tuntutan syarak boleh dipenuhi.

Contohnya dengan menabung atau melabur secara tetap, ianya dapat memungkinkan kita untuk mengumpul dana yang mencukupi bagi mengerjakan haji atau umrah. Seterusnya dengan kedudukan kewangan yang mantap, kita dapat mengeluarkan zakat, menyara kehidupan ibu-bapa dan banyak lagi tuntutan syarak yang boleh kita lakukan.

By |2017-10-01T12:09:22+08:00October 1st, 2017|Ibadah, Keluarga, Kewangan, Pengurusan|Comments Off on Pentingnya Pengurusan Kewangan Keluarga: Siri 1

About the Author:

Dr. Saaid adalah pengasas DR SAAID GLOBAL CONSULTING, sebuah firma perunding pengurusan dan latihan. Beliau mempunyai kepakaran dan ilmu pengetahuan yang luas daripada pengalaman kerja lebih 30 tahun dalam industri dan akademik.