Buku Pengurusan Kewangan Keluarga menyediakan banyak sumber dan informasi untuk membantu anda membuat dan memantau perancangan kewangan sehingga berjaya. Anda akan didedahkan dengan kaedah mudah untuk merancang dan mengurus kewangan keluarga dengan cara yang bersistematik dan berkesan.
Pelajari kunci kejayaan kewangan termasuk pelaburan, perancangan persaraan, perancangan pendapatan, perancangan perbelanjaan, pengurusan aliran tunai, perancangan tanggungan dan pengurusan hutang.
Di dalam buku yang padat setebal 248 muka surat ini anda akan pelajari:
- Bagaimana untuk mengatasi masalah kewangan dalam rumahtangga
- Bagaimana merancang tabung untuk dana kecemasan
- Bagaimana hendak mengenal pasti tahap kesihatan kewangan
- Bagaimana meningkatkan sumber pendapatan keluarga
- Bagaimana hendak menguruskan kewangan dengan sistematik
- Bagaimana kaedah untuk merancang dana persaraan
- Bagaimana cara untuk menguruskan & menyelesaikan hutang
- Apakah tahap kemampuan perbelanjaan anda